Powered By Blogger

Sunday, March 1, 2015

Pengurusan Program NILAM (i-NILAM)

EDUWEBTV

EduWebTV jadi penyalur maklumat pendidikan EduwebTV yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyiarkan TV pendidikan melalui Internet selaras perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) masa kini. Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, Datin Dr. Siti Zaleha Abdullah Sani berkata, siaran TV pendidikan akan mula disiarkan melalui Internet bagi memudahkan capaian pengguna terutamanya pelajar sekolah. "Siaran yang sebelum ini menggunakan saluran televisyen terestrial itu akan mula disiarkan melalui Internet sejajar dengan usaha KPM bagi merapatkan jurang digital dalam bidang pendidikan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Menurutnya, web TV kementerian yang dikenali sebagai EduwebTV telah dimulakan pada 1 Mac 2008 dan boleh diakses melalui portal www.eduwebtv.com pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. "Kandungan EduWebTV yang terkini mencakupi pelbagai bidang yang boleh diakses melalui lapan saluran termasuklah berita, akademik, wawancara, rencana, kurikulum, interaktif, siaran langsung dan panduan," jelasnya. Katanya lagi, semua pihak amat digalakkan untuk mengguna dan memanfaatkan EduwebTV sebagai satu saluran pembelajaran dalam usaha meningkatkan kompetensi organisasi. "Sumbangan kepada pembangunan bahan EduwebTV juga sangat dialu-alukan terutamanya dalam konteks peningkatan kompetensi, kemahiran dan perkongsian amalan terbaik," kata beliau. VIDEO EDUWEB TV

FROG VLE

PENGENALAN Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. APAKAH VLE? Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

TAJUK 6: PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN


6.3 Pengenalan
Inovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa. Matlamat akhirnya adalah untuk menyumbang kepada perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Dalam konteks pendidikan, setiap unit atau individu dalam organisasi pendidikan harus bergerak dan sedia berubah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan

Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek inovasi dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyediakan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat global. Sebagai golongan pendidik, bagaimanakah anda sebagai guru harus mengadaptasikan perubahan yang berlaku ini ?

6.4 Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan
Menurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu lebih baik yang mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala perubahan pula merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa melakukan perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan bagi memastikan amalan yang diguna pakai relevan dan diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang Teknologi Maklumat adalah begitu pantas. Penggunaan komputer riba telah menjadi suatu keperluan, manakala desktop dianggap ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa sempadan telah menular dalam dunia pendidikan. Pelajar hari ini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa matlamat inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif iaitu;


  • Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.
  • Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai & kreatif
  • Dapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.
  • Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.
  • Meningkatkan kualiti pendidikan dan dapat meningkatkan kecekapan tenaga pendidik.
  • Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar